Sidang parlimen secepat mungkin bagi menjunjung titah Agong

55

29 JUN: Parlimen akan bersidang secepat mungkin bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara berkenaan juga sudah dibentangkan kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.

Jelasnya, kebijaksanaan Seri Paduka mempertahankan Perlembagaan dan mengutamakan kepentingan rakyat kebanyakan amat memberi kesan kepadanya.

“Untuk kesekian kalinya, Seri Paduka sangat mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka dengan sebaik-baiknya.

“Parlimen akan mengambil langkah perlu sebagai menjunjung kasih Tuanku dalam mengimbangkan amalan demokrasi dan fungsi Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu Abdul Rahid menggesa supaya proses vaksinasi untuk semua kakitangan Parlimen dan pegawai Ahli Dewan Rakyat dapat dipercepatkan bagi membolehkan Parlimen dibuka dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Al-Sultan Abdullah hari ini (semalam) sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan SOP COVID-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen.

Pandangan itu dizahirkan Agong selepas berkenaan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selama sejam bermula jam 11 pagi ini (semalam).

Turut menghadap ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad serta dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tamat

Get real time updates directly on you device, subscribe now.