Jangkitan ‘kulat hitam’ ragut lebih 3,000 nyawa di India

87

29 JUN : Belum pun reda kes jangkitan virus COVID-19, kini India berdepan pula dengan penularan jangkitan ‘kulat hitam’ yang kini merekodkan sebanyak 40,845 kes dan telah meragut lebih 3,000 nyawa setakat ini.

Menteri Kesihatan India, Harsh Vardhan, seramai 3,129 orang meninggal dunia akibat penyakit itu daripada jumlah kes yang dilaporkan.

Katanya, sebanyak 32 peratus pesakit terbabit adalah berusia antara 18 hingga 45 tahun, 45 hingga 60 tahun (42 peratus) dan 60 tahun ke atas (24 peratus).

“Kebanyakan kes dikesan di Maharashtra, Kerala, Tamil Nadu, Bengal Barat dan Odisha, yang turut melaporkan peningkatan jangkitan COVID-19,” ujarnya dalam satu taklimat berhubung penularan jangkitan tersebut.

‘Mucormycosis’ atau ‘kulat hitam’ merupakan jangkitan kulat yang menyerang sinus, otak serta paru-paru, dan penyakit itu dikatakan mempunyai kadar kematian 50 peratus.

Pesakit diabetes atau mereka yang mempunyai imuniti rendah selepas dijangkiti penyakit lain, termasuk COVID-19, berisiko tinggi untuk dijangkiti ‘mucormycosis’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.