Israel bakal lupuskan 800,000 dos vaksin COVID-19

44

29 JUN : Sebanyak 800,000 dos vaksin COVID-19 di Israel akan dilupuskan ekoran pihak berkuasa Palestin membatalkan pembelian vaksin tersebut kerana faktor tarikh luput vaksin tersebut.

Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) menyatakan, dos vaksin itu akan dilupuskan sekiranya tidak ada pembeli dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Israel tidak menyatakan jenis vaksin tersebut namun ia dipercayai melibatkan vaksin Pfizer-BioNTech yang dibeli Tel Aviv sebelum ini.

Pada 18 Jun lalu, Israel bersetuju untuk menghantar sekurang-kurang sejuta vaksin Pfizer-BioNTech kepada Pihak Berkuasa Palestin berdasarkan satu perjanjian.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Palestin membatalkan perjanjian itu atas faktor tarikh luput dos vaksin terbabit, selain ia tidak memenuhi kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sejak Disember 2019, wabak itu sudah meragut lebih 3.92 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, dengan lebih 181.3 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.