Selebriti wanita ditahan ambil dadah

150

29 JUN: Polis menahan seorang selebriti media sosial selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam.

“Bertindak atas maklumat penyalahgunaan dadah, seorang selebriti ditahan dan dibawa ke IPD Nilai untuk tujuan saringan air kencing.

“Hasil ujian air kencing dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Fazley mengesahkan wanita terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai proses rakaman percakapan, semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.