Selangor ketinggalan, perlu percepatkan penggunaan vaksin

102

28 JUN: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud bahawa vaksin tidak dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) negeri itu.

Sebaliknya, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mendedahkan kerajaan pusat mahu menghantar lebih banyak vaksin ke Selangor, namun, kapasiti penggunaan suntikan vaksin di negeri berkenaan tidak mencukupi.

Berikutan itu, Khairy menggesa kerajaan negeri supaya mempercepatkan penggunaan vaksin yang ketika ini mencecah 76 peratus, masih di belakang negeri-negeri lain.

“Pada 27 Jun, Selangor (menerima) 1,367,306 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Baki yang ada di Selangor adalah 322,606 dos.

“Jadi, kadar penggunaan negeri Selangor adalah 76 peratus. Sebab itu saya minta negeri Selangor percepatkan lagi kadar penggunaan vaksin.

“Jadi tuduhan vaksin tidak dihantar di negeri Selangor tidak betul. Exco Kesihatan ada membuat kenyataan beberapa hari yang lepas.

“Memang kita hantar vaksin, memang kita hantar di Selangor dan kita nak hantar lebih banyak lagi vaksin. Namun, kita tengok kepada kapasiti mereka,” katanya selepas melawat PPV Tanjong Karang hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan
pada mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor minggu lepas, Khairy berkata, kerajaan negeri telah menyatakan kapasiti Selangor pada Jun ialah 40,000 suntikan sahaja setiap hari.

“Exco itu (Siti Mariah) tidak hadir pada perjumpaan saya itu. Dalam perjumpaan saya dengan Menteri Besar, dibentangkan, kapasiti Selangor adalah 40,000 sehari.

“Justeru, saya memberi bekalan mengikut kapasiti tersebut. Saya tak pasti exco itu cakap 80,000 suntikan itu dapat daripada mana,” katanya.

Berikutan itu Khairy, kerajaan akan meningkatkan kapasiti bekalan vaksin di Selangor bagi bulan Julai sehingga 130,000 dan mendapat persetujuan bersama Menteri Besar Selangor.

“Justeru, dakwaan kata vaksin tak cukup dan sebagainya itu adalah tak benar sama sekali,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.