Lokaliti di 4 Negeri Dikenakan PKPD

56

28 JUN: Sebanyak 15 lokaliti di negeri Sabah, Sarawak, Pahang serta Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, lapan daripadanya terletak di Sabah iaitu Kampung Linukaan, Kota Marudu; Kampung Timbangan, Kampung Perpaduan 2 dan Gumpa di Kudat; Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau; Kuarters Kilang Bata Kampung Durok dan Kampung Limbawan Sayur di Keningau; dan Kampung Pondo, Pulau Gaya di Kota Kinabalu.

Menurut beliau, Selangor merekodkan empat PKPD baharu iaitu di CLQ Gamuda Gardens Kundang Jaya, Rawang; Taman Murni, Sepang; Pangsapuri Sri Ayu Seksyen 4, Bandar Baru Bangi; dan CLQ Johan Setia di Kampung Johan Setia di Klang. 

ISMAIL SABRI

“Dua PKPD akan dilaksanakan di Sarawak iaitu di Kampung Tematu Jalan Batu Kitang Kuching serta Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1 Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD) di Mukah manakala selebihnya iaitu satu di Pahang iaitu di Flat Taman Benus Jaya di Bentong. Kesemua PKPD akan bermula pada mulai 30 Jun sehingga 13 Julai depan.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya menerusi kenyataan media mengenai PPN  dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan dua lokaliti masing masing di Johor dan Sarawak bermula 30 Jun ini sehingga 13 Julai. 

Menurut beliau, pelanjutan itu dilaksanakan berikutan masih terdapat penularan di kalangan komuniti dan terdapat kes baharu direkodkan di kawasan tersebut. 

“Kerajaan juga bersetuju menamatkan awal PKPD di Grace Villa Kondo Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah; Kampung Pengaraban dan Kampung Perpaduan Pulau Banggi si Kudat Sabah. 

“Setelah membuat penilaian risiko bersama Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan(KKM), kesemua lokaliti telah ditamatkan PKPD mulai hari ini yang telahpun ditamatkan pada tengah malam tadi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.