Letupan ranapkan bangunan tiga tingkat, 7 maut 50 lagi cedera

9

28 JUN : Satu letupan yang meranapkan bangunan tiga tingkat di bandar Dhaka, dipercayai berpunca akibat saluran paip gas, telah mengakibatkan tujuh orang maut, manakala lebih 50 lagi cedera.

Ketua Polis Dhaka, Shafiqur Rahman berkata, letupan itu sangat kuat sehingga memecahkan tingkap sekurang-kurangnya empat bas yang sedang bergerak melalui kawasan tersebut menyebabka puluhan penumpang cedera.

Pesuruhjaya Bersama Polis Metropolitan Dhaka, Syed Nurul Islam pula berkata,
tiada elemen jenayah dan menjelaskan beberapansiri letupan yang serupa pernah berlaku di bandar tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, punca letupan akan disiasat pegawai bomba di lokasi kejadian, tetapi peringkat awal ia dipercayai akibat gas metana pekat serta terkumpul di saluran paip dan meletup di aras bawah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.