Lebih 5,000 kes baharu sejak lima hari lalu

18

27 JUN: Walaupun kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan hari ini, iaitu 5,586 kes, berbanding 5,803 kes semalam, jumlah kes harian pandemik itu masih melebihi 5,000 kes sejak 23 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatatkan peningkatan kes baharu paling tinggi hari ini, iaitu sebanyak 2,212 kes.

Angka baharu itu, katanya, menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik terbabit di seluruh negara adalah sebanyak 734,048 setakat ini.

“Majoriti negeri atau sembilan negeri menunjukkan penurunan kes hari ini, iaitu Negeri Sembilan dengan 501 kes, disusuli Johor (312), Pulau Pinang (138), Kedah (129), Pahang (118), Labuan (83), Terengganu (16), Putrajaya (4) dan Perlis tidak mencatatkan kes baharu.

“Kuala Lumpur pula merekodkan jumlah kes baharu sama seperti semalam, iaitu 628 kes.

“Negeri menunjukkan peningkatan kes adalah Sarawak, iaitu sebanyak 513 kes, diikuti Melaka (380), Perak (229), Sabah (190) dan Kelantan (133),” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.