Kes kematian hampiri 5,000 kes

8

27 JUN: Jumlah kes kematian baharu akibat COVID-19 menurun dalam tempoh empat hari berturut-turut dengan merekodkan 60 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) meningkat, iaitu 886 pesakit, berbanding 866 pesakit semalam.

Pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan, katanya, turut  bertambah kepada 446 pesakit daripada 435 pesakit sehari sebelumnya.

“Angka kematian terkini itu menjadikan jumlah kes kematian akibat pandemik terbabit menghampiri 5,000 kes, iaitu 4,944 setakat ini.

“Jumlah kes aktif COVID-19 sehingga kini pula adalah sebanyak 61,395 kes.

“Kes sembuh hari ini adalah 4,777 kes, manakala jumlah kes sembuh keseluruhan sehingga kini adalah 667,709 kes,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.