Pesawat Presiden Colombia ditembak ketika terbang di sempadan Venezuela

34

26 JUN : Presiden Colombia, Ivan Duque, menyelar pihak yang menembak helikopter yang dinaikinya sebagai perbuatan yang pengecut.

Duque mendakwa helikopter yang dinaikinya telah ditembak ketika terbang berhampiran sempadan Venezuela.

Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang dalam penerbangan bersama Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Gabenor wilayah Norte de Santander yang terletak bersempadan dengan Venezuela.

Tegas Duque, kerajaan Colombia tidak takut dengan keganasan atau tindakan ganas dan  kuat untuk berdepan ancaman sebegini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.