Penghantar makanan, jiran selamatkan wanita daripada dirogol

58

26 JUN: Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki menceroboh kediamannya di Putrajaya, semalam selepas perbuatan suspek disedar jiran dan penghantar makanan.

Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan diekori oleh suspek lelaki berusia 32 tahun, dari dalam lift hingga ke rumahnya, kira-kira jam 2.51 petang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sebaik tiba di hadapan rumah, lelaki terbabit terus mengacu pisau menyebabkan mangsa yang ketakutan masuk ke dalam rumah dan memanggil rakannya.

Bagaimanapun, Siti Kamsiah berkata suspek bertindak nekad dengan memasuki bilik mangsa dan mengunci pintu.

“Mangsa bernasib baik kerana ada pekerja penghantar makanan yang kebetulan tiba di rumahnya untuk menghantar makanan bersama jiran membantu menahan suspek.

“Siasatan awal keluarga menyatakan suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak beberapa tahun ini dan tidak bekerja,” katanya kepada sebuah akhbar hari ini.

Dalam pada itu Siti Kamsiah berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.