SPRM tahan SUB kementerian disyaki terima rasuah RM1 juta

37

23 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong setiausaha bahagian (SUB) di sebuah kementerian kerana dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016 sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan projek di kementerian terbabit.

Menurut sumber, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9 malam tadi

Sumber berkata penolong SUB berkenaan dipercayai menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal sejak 2016 hingga kini dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM1 juta.

“Suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit.

“Lelaki berkenaan kini direman lima hari bermula hari ini hingga 27 Jun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.