Malaysia capai 60 peratus vaksinasi September ini

47

23 JUN: Kerajaan dijangka mencapai vaksinasi 60 peratus daripada populasi penduduk Malaysia menjelang akhir September 2021.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata jangkaan dibuat
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) adalah lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan menjelang November atau Disember seperti dinyatakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata peratusan itu berdasarkan keyakinan bahawa Malaysia akan menerima 32 juta dos vaksin di antara Julai dan September ini melibatkan 11 juta dos pada Julai, 13 juta dos pada hujung Ogos, manakala lapan juta lagi menjelang hujung September.

KHAIRY

“Dengan ini, kerajaan menyasarkan untuk 60 peratus populasi divaksinasi menjelang hujung September.

“Seterusnya, kerajaan sedang meningkatkan jumlah pusat vaksinasi untuk mempercepat pemberian vaksinasi dalam program imunisasi.

“Kami telah menyiapkan sejumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega untuk meningkatkan kadar vaksinasi.

“Kami menyasarkan tambahan 1,000 orang pengamal perubatan am dari sektor swasta untuk memulakan pemberian vaksin pada 30 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran “Malaysia Economic Monitor, “Weathering The Surge” oleh Bank Dunia secara maya, hari ini.

Yang turut hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.