Kematian akibat COVID-19 terus meningkat empat hari berturut-turut

32

23 JUN: Kematian baharu akibat COVID-19 di Malaysia merekodkan peningkatan bagi tempoh empat hari berturut-turut apabila sebanyak 83 kes dilaporkan hari ini.

Angka itu menyaksikan jumlah kes kematian di seluruh negara setakat ini adalah sebanyak 4,637 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah pesakit COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sehingga kini adalah seramai 879 orang yang menyaksikan sedikit peningkatan berbanding 875 orang semalam, namun pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan mencatatkan penurunan, iaitu 433 hari ini, berbanding 445 semalam.

“Jumlah kes aktif COVID-19 ketika ini adalah sebanyak 60,816 kes.

“Sebanyak 6,372 kes sembuh baharu direkodkan hari ini yang mengatasi kes baharu, iaitu 5,244 kes, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 645,553,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.