Sabah perlukan lebih banyak PPV, program jangkauan luar

32

22 JUN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV), dan program jangkauan luar perlu diwujudkan di pedalaman Sabah bagi memastikan tiada penduduk tercicir di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, bagi tujuan itu, pihaknya memohon agar sebuah lagi PPV dibuka bagi Parlimen Pensiangan sebagai tambahan kepada lima PPV sedia ada yang beroperasi di kawasan berkenaan.

”Sebanyak lima PPV di Parlimen Pensiangan beroperasi ketika ini dengan terbaharu di Dewan Masyarakat Sook, manakala PPV selebihnya adalah di Klinik Kesihatan (KK) Nabawan, Balai Budaya Salarom Taka, KK Pagalungan dan KK Pensiangan.

“Permohonan sudah dibuat kepada Jawatankuasa Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 untuk membuka satu lagi PPV di Daerah Nabawan, iaitu di Dewan Masyarakat Nabawan untuk menampung bilangan penduduk yang ramai,” katanya selepas meninjau PPV Sook di Keningau, Sabah, hari ini.

Arthur berkata, PPV Daerah Kecil Sook yang beroperasi di Dewan Masyarakat Sook itu mampu memberi suntikan vaksin kepada seramai 400 orang sehari untuk kedua-dua dos suntikan.

Jelasnya, bagi kawasan terpencil di pedalaman Sabah, termasuk di Pensiangan yang berdepan masalah perhubungan, proses pendaftaran dan pemberian vaksin turut dilaksanakan melalui program jangkauan luar secara berkala.

Ahli Parlimen Pensiangan itu kempen kesedaran vaksin di pedalaman juga akan ditingkatkan dengan kerjasama Jabatan Penerangan, KKM, Pejabat Daerah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan masyarakat di kawasan berkenaan memahami mengenai kepentingan vaksin.

“Setakat ini, seramai 28,140 orang penduduk di Zon Pedalaman Sabah yang merangkumi daerah Keningau, Nabawan, Tenom dan Tambunan sudah menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 11,755 orang sudah menerima kedua-dua dos.

“Jumlah ini hanya mewakili 4.18 peratus daripada populasi Sabah dan pihaknya sudah memohon kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk menghantar lebih banyak bekalan vaksin ke Sabah bagi memastikan lebih ramai dapat diberikan vaksin khususnya di pedalaman,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.