KPLB usaha lebih ramai Orang Asli daftar terima Vaksin

60

22 JUN: Kira-kira 60,000 penduduk di perkampungan Orang Asli sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. 

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah tersebut dilihat masih kecil dan pihaknya sedang berusaha memastikan Orang Asli akan kesedaran pentingnya mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin.

Menurut beliau, KPLB di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan bekerja erat bersama Tok Batin dalam memastikan lebih ramia lagi penduduk Orang Asli didaftarkan bagi menerima vaksin COVID-19. 

“Kita ada 300,000 penduduk Orang Asli di seluruh negara namun 60,000 sahaja yang telah didaftarkan dan banyak sebab mereka tidak berdaftar antaranya tidak mempunyai kemudahan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta tiada kemudahan telefon dan internet. 

“Justeru, kita akan bekerjasama dengan tok batin di kesemua kampung yang berjumlah 834 kampung Orang Asli. Ini dilakukan agar tok batin dapat memberi penerangan yang lebih baik dan dapat menarik lebih ramai Orang Asli untuk mendaftar vaksin. 

ABDUL LATIF

“Selalunya Orang Asli akan mudah dengar dan ikut apa kata tok batin mereka di samping kita juga akan melaksanakan pendaftaran dari satu rumah ke rumah di kawasan-kawasan pedalaman yang memang sukar atau tidak boleh kenderaan untuk melaluinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan meninjau bas vaksin bergerak di bawah KPLB di Mara Liner Depot di Batu Caves, Selangor, hari ini. 

Dalam pada itu, mengulas perkara tersebut, Abdul Latiff memberitahu inisiatif Bas Vaksin Bergerak Mara Liner yang akan dilaksanakan KPLB bermula 26 Jun ini, berupaya memberi suntikan vaksin COVID-19 antara 400 dos sehari kepada penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman. 

Beliau berkata, ia antara inisiatif terbaharu KPLB yang sedang dan akan dilaksanakan bagi penduduk di luar bandar mencapai imuniti kelompok menjelang Disember tahun ini. 

Beliau berkata, pada peringkat fasa pertama berkata, sebanyak 17 Trak Vaksin Bergerak yang memenuhi kriteria sebagai klinik bergerak akan ke kawasan sasar termasuk perkampungan Orang Asli di seluruh negara yang akan mempermudahkan proses vaksinasi di luar bandar. 

“Pada hari Sabtu ini, buat kali pertama kita akan laksanakan di Sungai Siput dan sebanyak dua buah bas akan digunakan untuk kita melihat sambutan daripada penduduk di luar bandar khususnya Orang Asli. 

“Kita laksana inisiatif ini dengan kerjasama Mara Liner Sdn Bhd bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin yang dilaksana oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

“Kita hanya menyediakan tempat untuk memberi kesenangan kepada MOSTI dan KKM. Berapa jumlah orang ramai akan didos perkara itu telah diputuskan oleh KKM dan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 (CITF),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.