Tiga gerabak tren pertama LRT3 tiba

34

21 JUN: Tiga gerabak tren pertama bagi projek laluan transit ringan 3 (LRT3) tiba di fasilliti pemasangan milik CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) di Batu Gajah, Perak, kelmarin.

Menerusi kenyataan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), gerabak itu akan digunakan bagi kerja pemasangan bahagian dalaman tren. 

“Laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama akan mempunyai 22 set tren tiga gerabak dibekalkan CRRC Corporation Limited, China.

“Laluan sepanjang 37.6 kilometer itu dijadualkan dibuka untuk perkhidmatan pada Februari, 2024,” katanya.

LRT3 adalah sistem transit aliran ringan ketiga di Lembah Klang yang membabitkan 26 stesen.

Prasarana sebelum ini mengumumkan pembangunan LRT3 pada 24 April 2013 yang sistem perjalanannya akan dikendalikan Rapid Rail Sdn Bhd. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.