PN BBC Portal Mohon Maaf Kepada Prof Kartini

74

21 JUN: Merujuk kepada paparan berita awal akaun laman web PN BBC Portal pada hari ini berkenaan laporan bertajuk “Hina Sultan Johor: Kertas Siasatan Ibu Neelofa Hampir Siap” telah berlaku kesilapan.

Posting tersebut menampilkan gambar Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib yang sepatutnya ialah gambar Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Sehubungan itu paparan berita tersebut telah ditarik balik sejurus kesilapan terbabit disedari dan PN BBC Portal memohon maaf di atas salah guna gambar Dr Kartini. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.