Mesir beri vaksin kepada 8,000 pelajar Malaysia

29

21 JUN: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Hassan Shoukry menerima permintaannya untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada kira-kira 8,000 penuntut Malaysia di Mesir.

Katanya, secara dasar, Mesir sememangnya sudah memutuskan untuk menyuntik semua warga asing, termasuk rakyat Malaysia di negara berkenaan.

“Saya turut memaklumkan Shoukry bahawa Malaysia juga mengambil pendekatan sama.

“Malaysia menawarkan suntikan kepada warga Mesir di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hishammuddin kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Mesir bermula Ahad yang juga kunjungan pertama beliau ke negara itu sejak dilantik Menteri Luar pada Mac 2020.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.