Kes positif lepasi 700,000, Perak naik mendadak

19

21 JUN: Kes baharu COVID-19 di seluruh negara sudah melepasi jumlah kumulatif 700,000 kes apabila merekodkan tambahan sebanyak 4,611 kes baharu ini, hari ini.

Jumlah kumulatif terkini ialah 701,019 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata biarpun angka direkodkan hari ini menunjukkan penurunan kes harian keseluruhan di bawah 5,000 kes, termasuk di beberapa negeri, Perak menyaksikan kenaikan mendadak sekali ganda apabila merekodkan 453 kes baharu, berbanding 205 semalam.

“Negeri lain yang mencatatkan kenaikan ialah Sarawak dengan 682 kes, Kelantan (219), Melaka (205), Kedah (182), Sabah (166), Terengganu (18) dan Putrajaya (15).

“Selangor pula menunjukkan penurunan, iaitu sebanyak 1,346 kes, disusuli Negeri Sembilan (437), Kuala Lumpur (310), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50) dan Johor merekodkan penurunan berganda dengan 314 kes berbanding 627 kes, manakala Perlis tidak merekodkan kes baharu,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.