Jangan libat Raja-Raja Melayu dengan politik

140

21 JUN: Semua pihak diminta menghentikan polimik titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz, dalam satu kenyataan bersama berkata berdasarkan pemerhatian didapati banyak pihak di luar Kerajaan yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan cuba melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk melakukan apa yang mereka mahu walaupun ia jelas di luar bidang kuasa baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu waspada supaya institusi beraja tidak termasuk perangkap mereka. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang bijaksana perlu senantiasa waspada bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan di mana amanah yang baginda galas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan.

YANG di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu waspada supaya institusi beraja tidak termasuk perangkap ahli-ahli parti politik.

“Baginda semua juga tertakluk kepada kedaulatan undang-undang dan perlu patuh kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan.

“Dalam kata lain, adalah lebih tepat untuk baginda menurut nasihat Perdana Menteri dan Peguam Negara yang berkuasa pada masa ini dan pada ketika-ketika tertentu baginda boleh menyampaikan pandangan kepada Kerajaan.

“Sama ada sesuatu keputusan berdasarkan nasihat itu politically ketepatan undang-undang yang utama dan bukan sekadar melihat kepada keselesaan penerimaan parti politik.

“Adalah menjadi tanggungjawab parti yang memerintah untuk menangani aspek politik kepartian. Itulah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan supaya kerajaan segera mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.

Keputusan berkenaan dibuat selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Selepas  memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar daripada agensi kerajaan maka Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Pembukaan semula sidang Parlimen juga membolehkan Ahli Dewan Rakyat membahaskan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.