KWP bakal sediakan 40 trak vaksinasi untuk warga Wilayah

48

20 JUN: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyasarkan untuk mewujudkan 40 trak bergerak di bawah Program Vaksinasi Bergerak [email protected] bagi memberikan 33,000 dos suntikan vaksin sehari kepada penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, dalam masa terdekat.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pertambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega selain PPV di klinik dan hospital swasta serta vaksinasi melalui Program Vaksinasi Bergerak [email protected]

Katanya lagi, kejayaan program vaksinasi ini adalah hasil kerjasama strategik KWP bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutan (YWP) serta jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

Pelaksanaan Program Vaksinasi bergerak [email protected] ini juga menurut Annuar, mendapat sokongan teknikal dan logistik daripada pelbagai pihak termasuk sukarelawan (PriVo) serta Persatuan-Persatuan Penduduk/Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

“Tindakan itu perlu bagi memastikan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mencapai sasaran imuniti kelompok seawal Ogos ini, atau lebih awal berbanding negeri lain, KWP  meneruskan pelaksanaan fasa kedua Program Vaksinasi Bergerak [email protected]

“Seramai 33,800 menerima vaksin mulai hari ini hingga 26 Jun yang melibatkan golongan individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19 termasuk peniaga, pekerja di pasar harian serta penjaja, kawasan industri, penempatan gelandangan, Program Perumahan Rakyat, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN), Perumahan Awam (PA) DBKL dan kampung tradisi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata fasa kedua berkenaan melibatkan 22 lokasi antaranya, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Harian Selayang, 8 kawasan industri, 7 PPR MTEN/PA DBKL, pusat penempatan gelandangan di Pusat Komuniti Setiawangsa, Desa Aman, Desa Tasik, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Padang Balang.

Beliau berkata dengan kapasiti 600 dos vaksin sehari bagi setiap lokasi yang menggunakan keseluruhan 13 trak vaksin bergerak merangkumi 52 doktor, 104 jururawat (petugas perubatan) dan lebih 150 petugas pentadbiran (bukan perubatan) akan dapat mencapai sasaran 80 peratus warga Kuala Lumpur divaksinasikan menjelang Ogos 2021.

“Inisiatif ini adalah lanjutan daripada Program Rintis Vaksinasi Bergerak [email protected] yang telah bermula sejak 7-13 Jun 2021 yang lalu. Dalam tempoh tersebut, 24,500 dos vaksin telah diberikan kepada kumpulan sasar di WP Kuala Lumpur.

“Melihat kepada kejayaan ini, pihak CITF telah memberikan kebenaran kepada KWP untuk meneruskan Program Vaksinasi Bergerak [email protected] ini. Inisiatif ini dilakukan untuk meningkatkan tahap kesiapsagaan dengan memfokuskan pemberian vaksin kepada warga Kuala Lumpur bagi mencapai imuniti kelompok dalam kadar segera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.