Tiga cedera konkrit di NKVE runtuh

24

19 JUN: Tiga pekerja warga Bangladesh cedera selepas konkrit lebuh raya dalam pembinaan setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara di Petaling Jaya, runtuh hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

Katanya, sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 sehingga 40-an cedera ringan.

“Ketika kejadian, mereka sedang melakukan kerja di bawah struktur pembinaan dan terkena serpihan konkrit,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 7.34 malam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.