Selangor catat peningkatan berturut-turut

13

19 JUN: Kes baharu COVID-19 di Selangor terus mencatatkan peningkatan bagi tempoh dua hari berturut-turut apabila sebanyak 2,111 kes direkodkan hari ini.

Peningkatan itu juga menyaksikan negeri berkenaan merekodkan kes melebihi 2,000 sejak semalam selepas enam hari berada di bawah angka terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini mencatatkan penurunan di bawah 6,000, iaitu 5,911 kes, manakala jumlah kes kumulatif pandemik terbabit adalah 691,115 kes, setakat ini.

“Negeri lain yang menunjukkan peningkatan kes ialah Sarawak dengan 569 kes, Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Pulau Pinang (167) dan Terengganu (62).

“Manakala lapan negeri mencatatkan penurunan kes, iaitu Negeri Sembilan dengan 770 kes, Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Melaka (134), Pahang (56), Putrajaya (3) dan Perlis tidak merekodkan kes baharu,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.