Kes kematian COVID-19 menurun

31

19 JUN: Kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menunjukkan penurunan apabila merekodkan 72 kes yang menjadikan jumlah kumulatifnya adalah sebanyak 4,276 kes setakat ini.

Jumlah kes pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan alat pernafasan, turut menunjukkan penurunan dengan masing-masing merekodkan 886 pesakit berbanding 894 pesakit dan 441 pesakit daripada 451 pesakit, semalam 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata jumlah kes aktif pandemik terbabit sehingga kini adalah 64,523.

“Kes sembuh baharu direkodkan hari ini adalah 6,918 kes, melebihi kes baharu iaitu 5,911 kes.

“Angka sembuh baharu terbabit menjadikan keseluruhan jumlah kes sembuh setakat ini melebihi 620,000, iaitu 622,244 kes,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.