Indonesia catat hampir 13,000 kes dalam 24 jam

23

19 JUN: Indonesia mencatatkan kes baharu COVID-19 sebanyak 12,990 kes dalam tempoh 24 jam semalam, sekali gus menyaksikan peningkatan tertinggi sejak akhir Januari lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara berkenaan adalah sebanyak 1,963,266 kes.

Kementerian Kesihatan Indonesia dilaporkan berkata, kes kematian akibat COVID-19 turut bertambah sebanyak 290 kes dalam tempoh itu menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 54,043 kes.

“Dalam tempoh 24 jam, seramai 7,907 pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital dengan jumlah sembuh keseluruhan 1,779,127 orang,” katanya.

COVID-19 merebak ke 34 wilayah di seluruh Indonesia dan dalam tempoh 24 jam terakhir, Jakarta mencatat 4,737 kes baharu, Jawa Barat 2,791, Jawa Tengah 1,331, Jawa Timur 731 dan Yogyakarta 592, manakala tiada kes baharu dikesan di wilayah Maluku.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.