KWSP perkenal e-Payroll bantu permudah urusan majikan

132

18 JUN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan e-Payroll bagi membantu dan mempermudahkan urusan majikan, termasuk melakukan caruman kewangan itu secara digital.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, penambahbaikan terhadap portal i-Akaun (Majikan) itu kerana pihaknya menyedari kepentingan digitalisasi dan situasi COVID-19.

Katanya, usaha mengadaptasi teknologi digital dengan pantas dan lebih tepat itu sejajar objektif KWSP bagi membantu majikan, terutama Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pekerja, selain melancarkan operasi syarikat.

“Perkhidmatan e-Payroll ini dibangunkan khas untuk membantu PKS yang menggunakan i-Akaun (Majikan) dan tidak mempunyai sistem penggajian atau kemampuan kewangan untuk menggunakannya.

“Di KWSP, kepentingan ahli sentiasa diutamakan dalam setiap pendekatan kami ambil, di samping inisiatif berterusan dalam meningkatkan tahap perkhidmatan yang memberi manfaat kepada majikan dan pekerja,” katanya pada majlis pelancaran e-Payroll secara maya, hari ini.

Ahmad Badri berkata, sistem e-Payroll KWSP memberikan penekanan terhadap pengiraan automatik bagi pemotongan dan caruman berkanun kepada badan-badan berkanun.

Jelasnya, sistem e-Payroll itu dibangunkan KWSP dengan kerjasama dan diperakui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.