Rejim Zionis terus serang Gaza selepas gencatan senjata

41

18 JUN: Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, semalam yang menyaksikan tindakan itu adalah kali kedua dilakukan tentera negara itu sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.

Serangan pertama ke atas Gaza selepas gencatan senjata adalah pada Pada 16 Jun lalu.

Rejim Zionis mendakwa serangan kali kedua itu adalah sebagai tindak balas selepas serangan Hamas.

Dalam serangan itu, tentera Udara Israel menyasarkan markas tentera milik pejuang Hamas di bandar Khan Younes, di timur Gaza.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai jumlah penduduk yang terkorban setakat ini.

Tindakan itu juga adalah yang pertama sejak kerajaan gabungan baharu mengambil alih pemerintahan selepas menggulingkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Sebelum serangan itu, polis Israel turut dilihat menggunakan bom tangan dan semburan air bagi menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang terbabit dalam tunjuk perasaan di Baitulmaqdis Timur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.