PM sertai program berselawat pagi esok

30

17 JUN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyertai Program Mega Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Berselawat  yang akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1, pagi esok.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, berkata program  ‘Mega PKRC Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia’ itu akan turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri serta pimpinan negara lain secara dalam talian.

Progam dianjurkan dengan kerjasama kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) antara lain bertujuan mengajak rakyat Malaysia beragama Islam sama-sama berselawat dan berdoa supaya Allah menyelamatkan Malaysia.

 “Acara selawat dan doa akan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya,  Ikmal Zaidi Mohd. Hashim dan diringi oleh qari kebangsaan dan antarabangsa, Ahmad Tarmizi Ali dan Amirrahman Abbas.

“Justeru, JAKIM mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam berselawat dan mendoakan kesejahteraan untuk negara daripada Covid-19.

“Jom sama-sama kita berselawat dan mendoakan kesejahteraan negara agar dilindungi daripada COVID-19 di samping menyemarakkan semangat dan kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berjuang dalam memerangi pandemik ini,” kata JAKIM dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut JAKIM, program itu akan diadakan pada hari esok, pukul 8.30 pagi hingga 9 pagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.