COVID-19: Kes kematian turun dua hari berturut-turut

50

17 JUN: Kematian kes COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut apabila merekodkan 60 kes berbanding semalam 73 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu melibatkan 58 rakyat tempatan dan dua warga asing menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif kes kematian sebanyak 4,202 kes. 

“Daripada 60 kes kematian pada hari ini, 20 kes daripadanya direkodkan di Selangor, 10 kes di Negeri Sembilan, sembilan kes di Johor dan masing-masing empat kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

NOOR HISHAM

“Selain itu, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Sarawak, Melaka, dan Kedah serta masing-masing satu kes di Kelantan,” katanya menerusi laporan perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu hari ini mencatatkan peningkatan kepada 5,738 dan daripada jumlah itu, 5,735 kes adalah kes tempatan manakala tiga merupakan kes import. 

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 909 orang termasuk dan 441 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 84,269 atau bersamaan 13.54 peratus,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kluster baharu juga menunjukkan peningkatan iaitu 25 kluster berbanding semalam hanya 19 kluster dan daripada jumlah itu, 20 kluster dicatatkan di tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain. 

Noor Hisham memberitahu, bagi kluster tempat kerja, enam daripadanya direkodkan di Selangor iaitu di Industri Jalan Balakong Impian, Industri Jalan Utarid U5, Industri Solok Waja Dua, Industri Batu Empat Sungai Pelek, Industri Kilometer 15 dan Industri Jalan KB 15.

“Selain itu, Johor turut mencatatkan enam kluster baharu tempat kerja iaitu di Jalan Ho Koon Suan, Jalan Masyhur, Jalan Seri Alam, Jalan Teluk Sengat, Jalan Perindustrian Enam dan Jalan Pamol manakala di Kedah empat direkodkan iaitu di Dah Industri Desa, Dah Industri Hitam, Dah Industri Bakar dan Dah Segar Indah. 

“Di Pulau Pinang pula, dua kluster baharu dikesan iaitu di Lorong Industri Tujuh dan Tapak Bina Jalan Gelugor manakala selebihnya terletak di Sawai, Sarawak dan Pondok Batu Lapan di Negeri Sembilan. 

“Kluster baharu komuniti pula direkodkan berlaku di Jalan Kidurong Empat, Sarawak; Tanjung Ketom, Terengganu; Bari, Negeri Sembilan dan Bukit Godek, Melaka manakala Taman Midah di Kuala Lumpur merupakan kluster baharu pendidikan lain,” katanya. 

Tambah Noor Hisham, jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 2,557 dan sebanyak 1,762 kluster telah ditamatkan di samping hanya 795 kluster yang masih aktif. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.