764 individu ditahan ingkar SOP

22

17 JUN: Gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis dicatatkan sebagai kesalahan tertinggi ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah Kawalan pergerakan (PKP) semalam, iaitu sebanyak 162 individu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 764 individu ditahan semalam kerana ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 722 individu dikompaun, manakala 42 direman.

“Kesalahan lain adalah tidak memakai pelitup muka, iaitu seramai 138 individu, diikuti rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran atau makan di premis (100), tiada penjarakan fizikal (94), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (91) dan membawa penumpang berlebihan (78).

“Selain itu, premis gagal patuhi arahan (7) dan lain-lain (94),” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.