Sesi Perbincangan Khas Agong berlangsung lebih dua jam

31

16 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mempengerusikan Sesi Perbincangan Khas lebih dua jam bersama dengan Majlis Raja-Raja Melayu dan pegawai tertinggi kerajaan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Difahamkan Sesi Perbincangan Khas terbabit bermula kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5 petang, sebelum Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat menjadi sultan pertama meninggalkan Pintu Satu, Istana Negara kira-kira 5.15 petang

Baginda adalah Sultan yang kedua tiba pagi ini selepas Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Difahamkan, kesemua raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadirinya.

Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar keluar dari pintu istana selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Antara pegawai kanan kerajaan dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu termasuklah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Turut diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu ialah Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.