PM umum Pelan Pemulihan Negara petang ini

111

15 JUN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan Pelan Pemulihan Negara menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, TV3, AstroAwani dan TV Al-Hijrah, pada jam 5 petang ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan bakal membentangkan Pelan Pemulihan Negara dalam tempoh terdekat sebagai persiapan untuk Malaysia bebas daripada COVID-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu.

Pelan yang bakal diumumkan itu dijangka adalah bersandarkan data dan sains diperoleh daripada sudut pengurusan pandemik, ekonomi serta vaksinasi negara.

Pembentangan itu akan dibuat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu ini.

“Menteri-menteri utama sudah duduk membentangkan perkara itu dan pada dasarnya, pelan ini baik tetapi  perlu diperhalusi,” katanya.

Perdana Menteri berkata pelan itu kemudiannya akan dibentangkan kepada rakyat secara berperingkat sehingga usaha kerajaan dalam melandaikan jangkitan COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi dapat direalisasikan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.