Lima terbunuh, dua pesawat terhempas di banjaran Alps

21

15 JUN: Lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat terbang luncur dan sebuah pesawat ringan terhempas di banjaran Alps, Switzerland pada hujung minggu, kata polis pada Isnin.

Menurut kenyataan polis, dua juruterbang bersama tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di tempat kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Bangkai pesawat berkenaan ditemui pada Ahad ditemui selepas pekerja penyelamat mahu mencari bangkai sebuah pesawat terbang luncur itu yang terhempas di kawasan berdekatan yang menyebabkan juruterbangnya turut terbunuh.

Pada 2018, pesawat Ju-52 terhempas di banjaran Alps mengorbankan 20 penumpang.

Pesawat terbang luncur dengan itu berlepas dari Amlikon pada Sabut dengan kemudi oleh seorang juruterbang.

Manakala, pesawat ringan, Robin DR400 berlepas dari Colombier, pada hari sama dengan seorang juruterbang dan tiga penumpang.

Menurut Swissinfo.cf, pesawat terbang luncur itu terhempas kira-kira satu kilometer dari tempat pesawat ringan itu terhempas.

Ia ditemui pada ketinggian 2,700 meter di atas kawasan kampung Bivio.

Cuaca buruk telah menyukarkan pekerja penyelamat untuk tiba di lokasi pesawat terbang luncur itu terhempas selepas menerima panggilan kecemasan pada Sabtu lalu.

Proses mengenal identiti mangsa-mangsa masih dilakukan.

Pihak berkuasa itu berkata, Lembaga Siasatan Pengangkutan Awam Switzerland sedang menyiasat punca yang menyebabkan pesawat terbang luncur dan pesawat ringan itu terhempas.

Kejadian kemalangan kapal terbang membabitkan lebih lima mangsa atau lebih amat jarang berlaku di Switzerland.

Pada 2018, pesawat vintaj Ju-52 terhempas berhampiran Flims, Graubünden membunuh kesemua 20 penumpang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.