Kes Baharu COVID-19 Meningkat Semula Melebihi Angka 5,000

19

15 JUN: Selepas menunjukkan penurunan tiga hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 meningkat semula di paras 5,000 apabila hari ini merekodkan kes 5,419 berbanding semalam iaitu 4,949 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 667, 876 kes.

“Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,996 kes di mana menunjukkan peningkatan kes berbanding semalam iaitu 1,523 kes.

“Walaupun kes baharu dan Selangor menunjukkan peningkatan kes namun hari ini sembilan negeri menunjukkan penurunan berbanding semalam hanya lapan negeri,”menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Lapan negeri tersebut menurut beliau adalah Sarawak (718), Johor (366), Sabah (230), Kelantan (245), Pulau Pinang (124), Terengganu (43), Perak (68), Pahang (32), dan Putrajaya (5). 

“Manakala Negeri Sembilan (396), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (650), Kedah (252), Melaka (155), dan Labuan (138) mencatatkan peningkatan kes di samping Perlis kekal mencatatkan satu kes baharu hari ini,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.