Kadar suntikan vaksin COVID-19 hampiri 200,000 dos sehari

21

15 JUN: Kadar pemberian suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara terus meningkat dan semalam, jumlahnya menghampiri sasaran 200,000 dos sehari apabila merekodkan sebanyak 197,963 dos.

Berdasarkan perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), kadar suntikan vaksin itu adalah tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lalu.

Rekod tertinggi suntikan vaksin itu merangkumi 142,890 dos pertama dan 55,073 dos kedua.

Jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin ke seluruh negara setakat semalam adalah sebanyak 4,688,233 dos, membabitkan 3,275,194 dos pertama dan 1,413,039 dos kedua.

Selain itu, seramai 13,811,642 atau 59 peratus daripada keseluruhan individu berusia 18 tahun ke atas di Malaysia, sudah membuat pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus atau 21,906 orang, berbanding kadar pendaftaran direkodkan JKJAV kelmarin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.