Jangan longgarkan SOP walau kes harian turun bawah 4,000

53

15 JUN: Pakar kesihatan menyarankan kerajaan persekutuan agar tidak melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) walaupun kes harian COVID-19 merekodkan angka 4,000 ke bawah.

Pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, jika kes harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan secara berterusan amat tidak wajar untuk melonggarkan SOP yang ditetapkan.

“Kerajaan perlu melihat trend penurunan tersebut dalam jangka panjang atau sekurang-kurangnya dua minggu.

“Kes itu bukan gambaran boleh terus melonggarkan SOP walaupun menurun kepada 4,000. Kita perlu tengok jangka masa panjang. Paling kurang dua minggu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu sekiranya jangkitan harian Covid-19 direkodkan pada angka 4,000 kes di negara ini namun penilaian semula itu bukan bermaksud menamatkan PKP 3.0 sebaliknya lebih kepada kelonggaran SOP.

Sementara itu, mengulas lanjut, Haliza memaklumkan, kerajaan juga perlu mengambil kira jumlah penerima vaksin ketika ini sama ada ia sudah mencapai imuniti kelompok atau sebaliknya.

Beliau berkata, kerajaan boleh melonggarkan SOP jika ia sudah mencapai separuh daripada jumlah keseluruhan imuniti kelompok di negara.

“Kerajaan menyasarkan 80 peratus dan setakat ini kita ada 26 juta penerima yang layak. Jadi, separuh daripada jumlah ini sudah diberi suntikan COVID-19 

“Agak sukar untuk menunjukkan pola penurunan berterusan ketika ini kerana banyak kes melibatkan kluster tempat kerja.

Lebih daripada 60 kes direkodkan ditambah pula dengan kluster perayaan.

” Sehubungan itu, saya berpendapat kerajaan wajar menimbang keputusan melonggarkan SOP pada Ogos kerana bulan Jun dan Julai tidak dapat mencerminkan situasi sebenar,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.