Tukar Maklumat Kad Pengenalan, Polis Buru Sajat

57


14 JUN: Polis sedang menjejaki usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerusi kenyataan memaklumkan, Sajjad merupakan saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Sajjad dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu. Jika sabit bersalah, Sajjad boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda, “katanya. 

Justeru, IPD Ampang Jaya memohon jika saksi tersebut atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954 dengan segera. 

Terdahulu, Sajat sebelum ini dilaporkan mungkin berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal menghadirkan diri ke prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Untuk rekod, Nur Sajjad pada 6 Januari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.