Lelaki miliki 38 isteri dan 89 anak meninggal dunia

135

14 JUN: Seorang lelaki di India yang diiktiraf dunia kerana mempunyai bilangan ahli keluarga terbesar disahkan meninggal dunia semalam pada usia 76 tahun.

Agensi Anadolu melaporkan, Ziona Chana yang tinggal di kampong Baktawng Tlangnuam, Serchhip, timur laut Mizoram mempunyai 38 isteri dan 89 anak dan cucu yang ramai.

Menurut laporan di Mizoram, Ziona meninggal dunia di hospital swasta pada pukul 3 petang semalam disebabkan penyakit darah tinggi dan diabetes.

ZIONA

Ziona dikenali sebagai ‘hotupa’ iaitu ketua dalam kalangan penduduk dilahirkan pada 21 Julai, 1944.

Dia mula berkahwin dengan isteri pertama, Zathiangi, 1959 semasa berusia 15 tahun.

Isteri kedua dinikahinya ketika berusia 24 tahun pada 1968 dan perkahwinan terakhirnya pada 2004.

Rumahnya setinggi empat tingkat mempunyai banyak bilik yang dihuni oleh 162 orang walaupun kebanyakan anak perempuannya sudah berpindah ke tempat lain selepas mendirikan perkahwinan.

Bekas ketua menteri Mizoram dan pemimpin politik kanan parti Kongres Nasional India, Lal Thanhawla, berkata, kematian Chana kehilangan sangat besar bagi semua orang

“Keluarga itu sangat berdisiplin dan ada banyak perkara yang perlu dipelajari daripada mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.