Bantuan kecemasan MAIWP dibuka esok

30

14 JUN: Golongan B40 yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 boleh memohon bantuan kecemasan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata permohonan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 bernilai RM500 secara ‘one off’ itu akan dibuka sehingga 30 Jun ini.

Permohonan, katanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang ebaitulmal.gov.my.

“Penerima Bantuan Kecemasan Zakat 2.0 sebelum ini akan layak secara automatik untuk menerima RM500 yang disalurkan bermula esok hingga 15 Julai secara berperingkat-peringkat,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan bantuan zakat ‘one-off’ RM500 kepada 1,610 orang Guru KAFA Wilayah Persekutuan.

Sumbangan berjumlah RM805,000 itu disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi MAIWP, Mohd Nizam Yahya kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd AjibIsmail.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.