Suntikan vaksin cecah 4.1 juta dos – Adham Baba

15

11 JUN: Jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara sekarang mencecah 4.1 juta dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencapai angka 157,949 semalam.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 2.8 juta orang. 

“Daripada jumlah itu, 1.3 juta orang juga telah terima dos kedua,” katanya di Twitternya.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitternya, pemberian harian dos pertama pada semalam ialah 111,130.

Manakala, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 46,819.

“Negeri yang paling tinggi jumlah pemberian vaksin COVID-19 ialah Kuala Lumpur dengan lebih 600,000, Selangor hampir 584,000 diikuti Sarawak dengan jumlah hampir 400,000 yang telah divaksinasi,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.