Dua pemilik Instagram direman 3 hari

44

11 JUN: Mahkamah Majistret Bangi, mengenakan perintah reman tiga hari kepada dua pemilik akaun Instagram, ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang tular melakukan komunikasi ghairah di hadapan kanak-kanak bawah umur.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret ke atas kedua-dua suspek berumur 20-an, bermula hari ini sehingga Ahad.

Kedua-dua suspek diwakili peguam Nursyafiqah Zamani pada prosiding terbabit.

Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 12 dan 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang dibawa ke mahkamah memakai baju lokap ungu, sempat berseloroh dan berkata “tak baik tau” ketika gambar mereka diambil media.

Media, semalam melaporkan pihak polis sudah membuka kertas siasatan terhadap ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.

Selain itu, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, sebelum itu berkata siasatan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam berhubung tindakan kedua-dua individu terbabit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.