Vaksin AstraZeneca akan diagih ke negara Asia Tenggara secepat mungkin

39

10 JUN: Syarikat vaksin AstraZeneca sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara dalam memastikan bekakan vaksin COVID-19 dapat dihantar dengan secepat mungkin. 

Malaysia dan Taiwan minggu ini menjadi negara terbaharu di rantau ini yang menjangkakan kelewatan penghantaran vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di kilang di Thailand.

“Pengedaran ke negara-negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia, akan dimulai dalam beberapa minggu datang,” kata syarikat vaksin itu menerusi e-mel kepada Reuters.

Rancangan pengedaran AstraZeneca di Asia Tenggara bergantung pada 200 juta dos yang dibuat oleh Siam Bioscience, sebuah syarikat milik raja Thailand yang membuat vaksin untuk pertama kalinya.

Siam Bioscience pada Januari mengatakan ia mempunyai kapasiti pengeluaran 200 juta dos setahun, rata-rata 15 hingga 20 juta dos sebulan.

Setakat ini, syarikat Thailand dan AstraZeneca belum menyatakan sasaran pengeluaran keseluruhannya atau mengulas mengenai sama ada kilang itu gagal mencapai sasarannya.

Malaysia dijangka menerima 610,000 dos dari Thailand pada bulan Jun dan 1.6 juta pada akhir tahun ini, tetapi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengatakan “Malaysia menjangkakan beberapa penangguhan.”

Penghantaran pertama ke Filipina, yang dijanjikan 17 juta dos, dikurangkan dan ditunda beberapa minggu, kata Penasihat Presiden Filipina minggu lalu.

Thailand, yang dijangkakan menerima enam juta dos untuk bulan Jun, minggu lalu menerima 1.8 juta dos buatan tempatan dan 200,000 diimport dari Korea Selatan. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.