Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara

21

10 JUN: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menjadi pemimpin politik pertama tiba di pekarangan Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Menteri Alam Sekitar dan Air itu memasuki Pintu 2, Istana Negara pada jam 10.20 pagi tadi.

Antara pemimpin parti politik lain dijadualkan menghadap hari ini ialah Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Terdahulu empat pemimpin politik utama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, selesai menghadap Al-Sultan Abdullah, semalam

Get real time updates directly on you device, subscribe now.