Saya mahu tumpu dua jawatan utama-Ahmad Maslan

66

9 JUN: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan penarikan dirinya daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sejak Februari lalu kerana ingin memberi tumpuan kepada dua jawatan utama lain yang dipegang kini sebagai ahli politik.

“Saya telah menarik diri daripada jawatan Setiausaha Agung BN sejak hujung Februari 2021 lagi. Ia telah dipersetujui Oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jawatankuasa Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung bersama Muafakat Nasional (MN) sudah cukup banyak tanggungjawab.

“Tahniah kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik hari ini,” katanya menerusi muat naik status di Facebook rasminya, malam tadi.

Beliau turut menyertakan kenyataan media Ahmad Zahid berhubung Mesyuarat Agung Tahunan BN yang turut mengumumkan pelantikan ADUN Pangkor dan bekas Menteri Besar Perak, Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu parti itu.

Pelantikan Zambry itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan secara maya, malam semalam. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.