905 pesakit di ICU, 453 perlu bantuan pernafasan

25

9 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 6,239 kes baharu positif COVID-19 dengan 75 lagi kes kematian direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 633,891 kes termasuk 81,575 kes dan 548,705 kes atau 86.6 peratus sudah sembuh.

Beliau berkata jumlah kes sembuh hari ini adalah 7,386 kes melebihi kadar kes baharu iaitu 6,239 kes termasuk 11 kes import dan 6,228 kes jangkitan tempatan di mana ialah 5,377 warganegara dan 851 bukan warganegara.

Katanya, jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini meningkat kepada 905 orang termasuk 453 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dengan pertambahan 75 lagi kes kematian hari ini menjadikan angka maut akibat penularan COVID-19 di Malaysia kini ialah 3,611 kes.  

“Selangor kekal negeri tinggi mencatatkan jumlah kes kematian dengan 23 lagi pesakit maut akibat COVID-19 hari ini, dikuti Johor (18 kes), Kelantan (7), masing-masing lima kes di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Sarawak, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Terengganu, dan Labuan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,291 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468), Sarawak (419), Kelantan (340), Sabah (232), Pahang (232), Labuan (200), Pulau Pinang (194), Perak (175), Terengganu (171), Melaka (150), Kedah (135), Putrajaya (17) dan Perlis (4).

Beliau berkata KKM juga mengesan 15 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,400 kluster termasuk 1,666 kluster sudah tamat dan 734 kluster masih aktif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.