PKPD di Sungai Penchala mulai 10 Jun ini

342

8 JUN: Sebanyak empat kawasan dan dua lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 10 Jun sehingga 23 Jun depan, berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat kawasan tersebut ialah kampung Kebayau di Kota Belut, kampung Batu Layar di Kudat, Taman Wawasan di Beaufort dan dua lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Sungai Obor Batu 7 dan Fasa 9B Taman Indah Jaya.

“Manakala PKPD yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur adalah di Kampung Sungai Penchala dan kesemua kawasan dan lokaliti ini akan dilaksanakan PKPD bermula 10 Jun ini,”katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di tujuh lokaliti Sarawak, Sabah, Kelantan serta satu Mukim Sungai Pinang di Tumpat Kelantan berikutan kes telah menurun dan Kluster adalah terkawal di samping semua kes positif telah menerima rawatan. 

Daripada jumlah itu, beliau berkata, tiga lokaliti itu berada di Tanjung Manis, Sarawak iaitu di Rumah Panjang Isa anak Blone, Rumah Panjang Ben anak Sulong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gelam manakala dua lagi lokaliti terletak di daerah Tawau Sabah iaitu di Kampung Pukul, Pulau Sebatik dan Taman Desa Ranggu.

“Manakala PKPD yang ditamatkan di Kelantan terletak di Kepulauan Tumpat serta Mukim Sungai Pinang Tumpat Kelantan. Hanya kesemua lokaliti di Sarawak ditamatkan mengikut jadual yang akan ditamatkan esok. 

“Namun, kesemua lokaliti di Sabah dan Kelantan akan ditamatkan bermula 10 Jun iaitu lusa yang ditamatkan lebih awal dari yang dijadualkan,” katanya. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Ladang FGV Kalabakan Selatan Sabah serta Felda Redong Satu dan Mukim Labis, Segamat, Johor yang sepatutnya ditamatkan esok. 

“Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih berlaku penularan dalam kalangan penduduk di kesemua lokaliti terlibat serta kes baharu yang masih direkodkan. Justeru, bagi Sabah, semua lokaliti akan dilanjutkan bermula esok manakala di Johor akan dilaksanakan bermula 10 Jun ini,”katanya.

Sementara itu, mengenai task force operasi Pematuhan, Ismail Sabri berkata jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3. 0 semalam menunjukkan penurun mendadak kepada 970 berbanding 1214 kelmarin.

Tambah beliau, daripada keseluruhan tangkapan, seramai 9,17 individu dikompaun manakala 49 orang direman serta empat lagi telah diikat jamin. 

“Kesalahan tertinggi direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal sebanyak 265 kes dan tiada memakai pelitup muka 203 kes. 

“Kesalahan lain adalah rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran serta makan di premis (133), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (120), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (117), mmbawa penumpang berlebihan (111) dan lain-lain (21), “katanya- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.