5,566 kes baharu, Selangor kekal penyumbang tertinggi

20

8 JUN: Sebanyak 5,566 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 627,652 kes, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal sebagai negeri tertinggi mencatatkan kes pandemik itu sejak lebih sebulan lalu apabila hari ini merekodkan sebanyak 1,524 kes, diikuti Sarawak (707).

“Kuala Lumpur pula merekodkan 466 kes, manakala Johor (456), Negeri Sembilan (505), Sabah (350) dan Melaka (314).

“Perak merekodkan 225 kes, selain Kelantan (204), Labuan (191), Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (148) dan Terengganu (106) serta Putrajaya mencatatkan (27).

“Hanya satu negeri mencatatkan kes satu angka, iaitu Perlis dengan 1 kes,” katanya.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.