Kes Baharu Terendah Sejak Pelaksanaan PKP 3.0

38

7 JUN: Sejak perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0), kes baharu COVID-19 buat pertama kali berada di bawah paras 5,000 apabila merekodkan sebanyak 5,271 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 622,028 kes.

Menurut beliau, Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,734 kes di mana kes di negeri itu meningkat berbanding semalam iaitu 2,178 kes. 

NOOR HISHAM

“Selain itu, negeri-negeri yang turut mencatatkan penurunan adalah Johor (355), Labuan (209), Melaka (178), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (8), dan Perlis (1),

“Terdapat enam negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan kes iaitu Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Kelantan (341), Sabah (336), Kedah (194), Perak (177),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza di Facebooknya, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia kembali di bawah 1.00 iaitu 0.99, semalam.

Menerusi infografik yang dikongsikan menunjukkan angka itu juga menurun berbanding angka 1.00 yang direkodkan pada Sabtu.

Namun, kebanyakan negeri masih merekodkan Rt di atas satu dengan angka paling tinggi di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.36. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.