Tempoh matang DUN Sarawak dilanjutkan hingga 1 Ogos

64

6 JUN: Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini akan dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, notis lanjutan itu telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi emel hari ini.

Menurut beliau, notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Namun  disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 dan juga penggubalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak khususnya berkaitan dengan kuasa-kuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak serta mengadakan pilihan raya telah digantung. 

Selain itu, ia juga tidak mempunyai kesan menerusi Seksyen 13 dan 15 Ordinan tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, hari ini genap DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan hari ini berdasarkan mesyuarat pertama pada 7 Jun 2016 yang diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11.

Dalam pada itu, Amar memaklumkan penggantungan mengenai pembubaran dan pilihan raya negeri akan terus kekal selagi mana pengisytiharan darurat berkuat kuasa.

“Bagaimanapun, kedua-dua itu juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pembubaran DUN bagi sesuatu negeri termasuk Sarawak dan juga tarikh pilihan raya. 

” Jika pada pendapat Baginda adalah sesuai bagi DUN tersebut dibubarkan dan pilihan raya diadakan dalam tempoh darurat,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.